Saturday, October 9, 2010

03 : Apa yang anda perlukan!?

Sekarang mari kita mulakan, ambil gambar. Tapi, sebelum itu, apa yang anda perlukan untuk mengambil gamabr yang menarik dan bakal menjadi kenagang seumur hidup anda?

  • Adakah anda perlu menguasai segala aspek dalam fotografi?
  • Adakah anda perlukan kamera yang berharga beribu-ribu ringgit dengan spesifikasi yang nada sendiri tak boleh faham?
  • Adakah anda perlukan seorang model yang cantik manis yang bertaraf professional?
  • Dan berbagai-bagai benda lain yang boleh menjadikan gambar yang anda ambil begitu cantik dan boleh menjadi objek berharga yang boleh anda banggakan?
Kalau saya minta semua perkara di atas, saya yakin, kebanyakan anda akan give-up sekarang juga. Anda mungkin kata saya hanya cuba mempermain-mainkan anda. Anda mungkin kata macam-macam lagi.

Tuan/Puan/Cik/Encik, lupakan sahaja perkara-perkara di atas. Kita bukan nak bertanding dengan sesiapa, kita bukan cuba nak buktikan apa-apa kepada sesiapa saja. Apa yang kita inginkan hanyalah gambar anak-anak kita, gambar pasangan kita, gambar pemandangan dan lain-lain untuk tatapan kita, untuk.kenangan kita.

Kita inginkan merakam anak-anak kita ketika mereka membesar dan boleh kita imbas kembali suatu hari nanti!
Kita inginkan saat-saat gemilang dan bersejarah kita dan keluarga kita di rakam untuk ditatap kembali!
Kita inginkan perjalan kita, percutian kita, kembara kita terakam agar boleh kita imbas kembali, agar boleh kita tunjukkan kepada kawan-kawan kita atau boleh kita ceritakan kepada anak cucu kita kelak!

Susah sangat ke? Perlu modal beribu-ribu ke?

Tidak perlu, tidak perlu! Memadai apa yang kita ada. Memadai dengan kamera kecil yang baru kita beli tahun lepas, memadai kita, anak-anak kita, kawan-kawan kita, bunga-bunga dan serangga menjadi modelnya.

Andainya, ketika anda berjalan-jalan di sebuah taman lalu terjumpa orkid ini, tidakkan anda ingin merakamkannya dengan kamera anda?

Friday, October 8, 2010

02 : Pecah ruyung

Cantik tak gambar bunga ni?

Mungkin tak secantik gambar yang diambil oleh jurugambar professionl tapi cukup sifat bukan? Gambarnya jelas, cukup terang, terperinci (nampak segala lengkok dan alur kelopak bunga itu).

Anda teringin tak untuk mengambil gambar dan hasilnya seperti ini?

Untuk pengetahuan anda, saya ambil gambar ini dengan perkakasan yang amat minima, iaitu menggunakan sebuah kamera kecil berharga RM500 sahaja.

Saya yakin, jika anda mempunyai sebuah kamera seperti kamera saya itu, anda juga boleh menghasilkan gambar-gambar yang cantik dan akan menjadi kenangan sepanjang hayat.

Telah saya katakan di perbincangan lalu, anda tidak perlu berbelanja beribu-ribu ringgit untuk merakam gambar-gambar yang menarik. Adakah anda percayakan saya sekarang?

01 : Pengenalan

Selamat datang ke blog saya!

Blog ini saya tujukan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengambil gambar. Ambil gambar anak-anak, gambar keluarga, gambar suami/isteri, gambar bunga di taman anda, gambar rumah baru anda dan berbagai lagi.

Tapi, saya bukan ingin mengajar anda untuk menjadi jurugambar professional. Saya cuma ingin memberi sedikit panduan agar gambar yang kita ambil boleh menjadi kenangan sepanjang hayat.

Saya juga ingin memberi keyakinan kepada anda bahawa anda tidak perlu berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mendapat gambar yang bakal menjadi kenanagan sepanjang zaman. Saya akan beri keyakinan kepada anda apa saja kamera yang anda gunakan, anda tetap boleh mendapatkan gambar-gambar nostalgia anda.

Anda telah bersiap sedia? Mari kita mulakan...........................

ps/
  • Saya suka ambil gambar
  • Saya bukan jurugambar professional
  • Saya orang biasa, seperti anda!